29 Oktober 2010

ZaMan BeLaJaR

Assalamualaikum... kali ni nak citer pasal projek2 masa belajar dulu..mana la tahu ader mana2 company atau individu yang tengok pastu nak amik sy keje dengan diorang ke..huhu..kalau ader alhamdulillahhh...xderla pandai sgt design2 ni..boleh la setakat nak buat sikit2 tu..huhu...Dulu sy belajar di KOLEJ KOMUNITI.kemudian nak kawen duit pun gaji baru RM+++..sape nak buat menantu klu gaji banyak tu je kan..hahah...last2 sy amik keputusan sambung la belajar di POLITEKNIK..Kat sini aderla sy upload gambar2 masa belajar..sy xkisah upload sebab dah tentu2 design ni sy yang buat.so,xderla jadi satu kesalahan..sy punya design..sukahatila nak tunjuk ke tak..hahaha.....sebelum tu mari kita layan dulu lagu dari kumpulan BROTHERS...konsert di indonesia..best sgt2..sebab tu upload..xder kena mengena dgn cerita sy tp saja je upload gak..nak bg penuh blog :P



gambar pertama ni masa di bridging..bridging ni untuk budak2 kolej komuniti je...kira mcm pra-diploma la..selama 6 bulan kami belajar kemudian kami akan duduki exam mcm biasa..sape lulus baru leh amik diploma intergrasi...huhu..alhamdulillahh..lepas jugak...

BRIDGING
(baru nak belajar buat design)

PROJEK 1-PEJABAT PENGHULU
projek ni hampir2 buat sy gagal..punyala susah..salah sy jugak..kononnya nk buat design yang power2...bila tiba kat pandangan menangisla nak buat..hahaha..so nasihat pada student architecture tu,ukurlah baju dibadan sendiri..buatla setakat termampu..huhu....

PROJEK 2-AQUATIC HUB

projek ni pun menakutkan jugak..tp atas bantuan kawan2 yang powerr..boleh la buat...cuma rasanya projek ni xleh buat kat atas site sebab structurenya..atas paper je boleh buat.buat kat site maka runtuhla bangunan tersebut.huhu..budak2 arkitek mesti paham..huhu..

  

SEMESTER 5
(masa ni dah power sikit kot :p)

PROJEK 1-KUARTES HOSPITAL
projek ni sy agak berpuas hati sebab xder masalah sgt masa buat ni..semuanya berjalan lancar...semester 5 memang paling sy puas hati...sebabnya ke'tension'an tu berkurang dari bridging..hurmm..alhamdulillahhh....



PROJEK 2-FASHION HOUSE
projek ni pun happy sgt sy buat sebab tentang fashion2 ni..so kajian kitorang banyakla tentang fashion2 terkini.barulah tahu mana asalnya diadora,adidas,umbro,puma dan lain2 lagi..klu tak  kerana projek ni memang sy xtahu langsung asal usul..beli n pakai je la.lagipun projek ni la sy mula2 belajar buat 3D sketcup..xderla cantik sgt tp sekurang2nya sy leh buat 3D..huhu....alhamdulillahhh....




SEMESTER 6
(semester akhir)

PROJEK 1-RESTAURANT
Alhamdulillah..selepas selesai semuanya,kini tibalah semester akhir..Projek ni kira terakhir la sebelum sy dapat Diploma Architecture..Projek ni kitorang kena design restaurant mengikut konsep..sy buat konsep udang..aderr rupa mcm udang tak?huhu...sy gabungkan udang dan pulau..hurmm...



AKHIRNYA TAMAT JUGA..ALHAMDULILLAH...







25 Oktober 2010

BERSAMA HIJJAZ KE SINGAPURA

kali ni nak cerita lak hujung bulan disember tahun lepas sy dijemput oleh kumpulan nasyid HIJJAZ untuk menyertai persembahan akhir tahun di SINGAPURA... sebelum ni sy mana ada passport..huhu..maklumlah jalan2 dlm MALAYSIA je..semata2 nak gi SINGAPURA sy buat passport....sekarang dah xpakai..hahaha..tp xperlah sebab segala perbelanjaan sy di sana ditanggung oleh HIJJAZ..dari makan minum hinggalah ke tempat tidur semuanya diorg yang belanja...ok2..sambung citer...show kali ni adalah anjuran MASJID AS-SYAKIRIN dan program ni diadakan di REPUBLIC POLYTECHNIC SINGAPURA..memang meriah..ramai sungguh....sy masa tu ditugaskan menjaga MINUS ONE la..kiranya mcm PR PART TIME untuk HIJJAZ la..huhu..so..kalau ada sapa2 nak jemput kumpulan HIJJAZ wat show untuk ape2 program bolehla hubungi sy...sy bleh bg special punya harga tp kena bincang jugak dgn HIJJAZ sebab diorg y nak nyanyi bukannya sy..huhu..kat bawah ni adalah gambar2 kenangan sepanjang sy berada disana....

GAMBAR BAWAH NI MASA KAMI BARU SAMPAI JE....TERUS KE KEDAI MAKAN..NYAM2

GAMBAR BAWAH NI PULAK MASA SIANG SEBELUM PERSEMBAHAN


GAMBAR NI PULAK ADALAH MALAM PERSEMBAHAN TU..MERIAH2









20 Oktober 2010



KENANGAN DI KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS

Diharapkan kepada semua pelawat2 blog sy sentiasa dlm keadaan sihat sejahtera..Sebelum2 ni sy asyik cerita tentang kehidupan sy di Politeknik..Rasanya sekarang sy nak cerita tentang kehidupan di KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS(KKKB)..Rasa tak adil lak cerita tentang poli je sedangkan sy pernah belajar di kolej komuniti dan juga mempunyai ramai kawan dari Kolej...kenangan yang paling terindah ialah bila tibanya PORTFOLIO day...masa ni adalah persiapan akhir kami untuk menentukan LULUS @ GAGAL sepanjang kami berada di KKKB..Disini juga sy ada upload beberapa video dan gambar kenangan kami sepanjang bersama selama 2 tahun di KKKB..Dalam gambar ni semuanya bujang2 belaka..tapi sekarang dah ramai pun yang kawen...dan ada anak punn....cucu je belum lagi..huhuhu..

SEBELUM TU  MARI KITA DENGARKAN VIDEO LAGU YANG DI NYANYIKAN OLEH AJWAFFI IAITU SALAH SEORANG SAHABAT DARI KELAS KAMI...BAKAT TERPENDAM TU...HUHU



Sekarang sy nak citer ttg pensyarah2 di kkkb.penyarah kami semuanya sporting2 dan ader keistimewaan tersendiri..ada yang garang tp penyayang..ada pulak yang suka marah tp dlm keadaan lawak..ada lak yang cool je tp diam2 ubi berisi..haha..ader yang buat sombong je tp sebenarnya sgt amik berat kat kami....bukan BODEK ni..ape gunanya sy bodek punn..dah abis belajar pun kan..huhu..jom2 kenali penyarah kami y dah byk berjasa sejak kami di kkkb hingga habis belajar dan ada y masih amik tahu smpai sekarang..


PENYARAH KAMI


PUAN ROSHANA -PENYARAH KELAS TERBAIK






Selepas kami berhempas pulas bersungguh2 membuat banyak lawatan sambil belajar untuk digunakan dalam pelajaran kami akhirnya tibalah hari terakhir yang akan menentukan kami menerima sijil atau masih berada di kkkb...hari tersebut ialah hari portfolio..kami akan dinilai oleh juri yang dilantik untuk memberi markah kepada hasil kerja kami sepanjang berada di kkkb..


PORTFOLIO DAY

hasil kerja semester akhir
dari kiri Shafik,Ajwaffi & Syifa
 
hasil kerja semester akhir ..kenapa 3 org tu termenung..
keputusan belum keluar lagi dah risau ke?hahaha..


amboi cik suraya ni senyum ja.....agak2 nya ape motifnya laila menunjukkan dinding..
sepatutnya tunjuk drawing tu..apeda..haha


bersungguh2 ida erita pasal drawing dia..apa la agaknya yang diceritakan tu..huhu..
laila steady..dah present aktiviti seterusnya bergambar dgn design sendiri..

dari kiri Rafi,Shafik dan shafik lagi & pawi

nak perkenalkan sorang2 pun ramai sgt..senang cite..ni la antara kawan2 sy di 
KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS







 



19 Oktober 2010

DENDA SATU KELAS..XSIAP ASSIGMENT BAHASA INGGERIS.HAHA...

teringat lagi masa kelas semester 5 bahasa Inggeris..pensyarah bagi kerja kumpulan untuk presentation...tiba hari presentation semua kumpulan xsiapkan kerja..so xleh la buat presentation haritu..apa lagi........,mengamuk la penyarah kami..tapi yang best nye....dia nak bg dia cool sendiri dia pun bagi 10 minit kat kitorang pikir kan satu persembahan..setiap kumpulan kene buat satu persembahan..kalau boleh dia nak persembahan yang kelakar supaya dia boleh gelak untuk meredakan kemarahan dia..hahaha..lawak tul penyarah ni..tp dia baik....



abg afif,ganesan,shabrani dan raja

hapiz,nasir,aswahi & ong


aza,lina & tini

 mila ,lin & yin

kumpulan lain xsempat nak rakam la sebab rakaman sy telah dikesan..hahaha...so,xlehla ambil kumpulan lain.xsempat nak sorok plakk..kan dah kantoi...tp rasanya rakaman ni pun dah cukup untuk buatkan kita ingat kembali zaman belajar tu...tu la..masa org nak rakam diorg xbg padahal ini lah kenangan yang ada...oleh itu...pikir2 kan lah dan selamat beramal... :P












17 Oktober 2010



mutiara kata :
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
KISAHKU DI POLITEKNIK UNGKU OMAR


Hari ni nak cerita lak tentang persembahan kitorang masa kat POLITEKNIK UNGKU OMAR dulu..masa ni kami kena buat persembahan wajib..semua xnak buat last2 pelajar senior paksa jugak..hahaha..akhirnya dengan latihan yang kurang dari 3jam jadi jugak persembahan ni..dapat NAIB JOHAN lagi..hahaha...tu latihan kurang 3 jam..agak2 klu kami buat latihan secukupnya dah tentu JUARA...tapi xpelah..rezeki ditangan TUHAN..kitorang dah buat yang terbaik..hmmm..video xder..gambar ader...kami buat cerita tentang SAAT KEMATIAN..huhuhu..siap dengan KAIN KAPAN lagi...teringat masa ni..rindu bangatttt.... semuanya bagi kerjasama yang baik..walaupun masa xcukup untuk latihan tapi dengan adernya kerjasama semuanya berjalan lancar...oleh itu..apa yang penting???? KERJASAMA!!!..huhuhu..

DISEBALIK TABIR TEATER MAUT YANG TAK DIUNDANG...

Para pelakon yang sedang membuat persiapan dengan skrip yang diberikan
 
Para pelakon yang sedang membuat persiapan dengan skrip yang diberikan

 dia ni kira macam yang control audio la..sound engineer..huhu (sebab dekat dgn speaker tu)
 ni pelakon terhebat kelas kami ni..diorang la y bagi kami jadi naib johan (puji ader makna ni :P )

bab ni ramai yang tolak..semua xnak jadi jenazah..main tolak2..haha..maklumlah sape yang rela dibalut dengan kain kafan sebelum waktunya..huhu 


TIBALAH MASA YANG DITUNGGU2..PERSEMBAHAN KAMI


   ni la barisan pelakon yang telah menjayakan persembahan pada malam tu


 ni la barisan pelakon yang telah menjayakan persembahan pada malam tu
 
 shafiq yang membawa watak seorang doktor peribadi

 
 anak2 hartawan yang kaya raya dengan dunia mereka

 
 melakonkan watak ustaz dan imam
 
 adoyai..sedang berlakon cerita yang menyeramkan..semua boleh senyum2..ustaz tu pun senyum..hahaha..ape da...
 
 penamat cerita ini diakhiri dengan bacaan doa...
Firman Allah bermaksud: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al Munafiqun: Ayat 11)




15 Oktober 2010

-MENGIMBAU KENANGAN-

lama xupdate..nak cerita pasal apa ntah kali ni..hahaha...xperla..apa kat cerita pasal kawan2 aku y nak cari jodoh ni...sapa2 ada rasa nak isi borang sila lah ye..huhu...eh2..xderla...marah diorang kang...nak cite pasal member2 politeknik dulu y masih dalam ingatan ni..hmmm..rindu la pulak...maklumlah dah hampir setahun aku berpisah dengan diorang..mula2 kita start tengok kawan aku sorang ni main gitar..memang aku suka tengok org main gitar ni..masa ni dalam kelas pensyarah xder.masing2 buat hal sendiri la.huhu..masa ni kat kolej komuniti kepala batas..ada orang xpercaya ni kawan aku.NOORAZIEYANA BT AKHSAN pun xpercaya.sape tu?opss..rahsia..huhu...ish2..ingat aku saja2 ke nak ngaku member?ok2..aku selit2 gambar dia masa di kolej dulu..huhu...tapi hairan gak kenapa mulut xsama dengan lagu?huhu..sorry..mungkin masalah video ni kot..tapi percayalah..memang dia yang nyanyi..pleaseeeeeeeeeee...percayalahhhh.........hihihi




hmm..
bila tengok balik video masa belajar dulu teringatla masa time buat asigment...buat kerja group...dah tu bila dah abis bukannya nak balik rumah masing2...buat video klip lak tu..ish2..tengokla ni...juru kameranye aku la..hihihi...ade bakat ke diorang nyanyi?huhu...ok la tu kann...


oklah..ader lagi video tp malas nak upload..lambat sgt..hihi..hmmm.. nak citer2 ckit pasal kawan2 aku ni...klu kawan2 aku terbaca ni harap2 xtersinggungla ye..alamak..masa xmengizinkan la..esok2 la ye..hihi..bye2