03 November 2010

Hayatilah yer... :)

     KAIL DAN IKAN  
Jika kamu memancing ikan ,setelah ikan itu terlekat dimata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan terus merana kesakitan kerana ketajaman mata kail yang telah melukakannya dan mungkin akan menyebabkan ikan tersebut menderita kesakitan.
   Begitulah jua setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang dan setelah ia mula menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimuuu 

AIR DALAM TAKUNGAN  
 Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharapkan pada takungannya dan janganlah menganggap ia teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk ditampal dan akhirnya apabila rosak ia akan dibuang.Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah ia seadanya,janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa kerana ia adalah manusia biasa.Ini adalah kerana sekiranya kamu menggap dia terlalu istimewa , Apabila ia melakukan kesilapan bukan mudah untuk kamu menerimanya dan akhirnya kamu tinggalkan ia begitu sahaja sedangkan sekiranya kamu memaafkannya mungkin hubungan kamu bertambah baik……… 

 
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan