30 Januari 2011

SEMINAR BENGKEL PERUBATAN ISLAM & PENGIJAZAHAN 2011

1. Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dihormati,baru-baru ini pada 29hb januari 2011 bersamaan 24 safar 1432 saya telah mengikuti satu seminar iaitu seminar bengkel perubatan islam & pengijazahan 2011 yang bertempat di dewan seminar masjid negeri pulau pinang oleh pengamal perubatan islam profesional Ustaz Abdullah Mahmud.Beliau pernah beberapa kali  menjadi panel dalam rancangan Al kuliah, MHI, Al Hidayah dan Wanita Hari Ini,saya cuma nak berkongsi pengalaman saya sepanjang mengikuti seminar tersebut.
2. Terdapat 3 sessi iaitu sessi satu PENGENALAN PERUBATAN ISLAM, Sessi kedua PERSEDIAAN SEBAGAI PERAWAT,sessi ketiga BENGKEL PRAKTIKAL RAWATAN


Sessi pertama (PENGENALAN PERUBATAN ISLAM) :
-pengenalan tentang dunia JIN
-perubatan islam menurut Al Quran dan Sunnah
-Ilmu Saka,Santau,Pukau dan Sihir
-Alam JIN dan Histeria












Sessi kedua (PERSEDIAAN SEBAGAI PERAWAT)
-syarat seorang perawat
-kaedah rawatan
-adab nak jadi perawat
-benteng diri perawat dan pesakit

-MAKLUMAT DIRAHSIAKAN-


Sessi ketiga (BENGKEL PRAKTIKAL PERAWAT)
-kaedah rawatan gangguan jin/Histeria
-kaedah rawatan sihir & saka
-kaedah rawatan santau
-kaedah rawatan   mengusir jin & pagar rumah
-kaedah mematikan bahan sihir

GAMBAR DIBAWAH MENUNJUKKAN SEORANG PEREMPUAN YANG TERKENA SIHIR SEMASA LATIHAN PRAKTIKAL DIBERIKAN


semoga ape y sy dedahkan ni dapat sama2 kita manfaatkan dan mengenali apa itu alam JIN dan diharapkan ader yang berminat untuk menghadiri kursus2 sebegini terutamanya golongan wanita kerana benda2 halus kini tahu dimana tempat untuk bersembunyi dalam badan wanita iaitu dikawasan2 sulit wanita..sebab apa benda2 halus suka ditempat tu?kerana perubatan islam selalunya laki2 y beljar ilmu ni..so,xkan laki2 nak sentuh kawasan2 sulit wanita...sebab tu benda2 halus mudah bersembunyi di kawasan sulit wanita..sekiranya ada pengamal perubatan islam wanita,mudahlah untuk menjalani rawatan ini...sekiannn









25 Januari 2011

Kasih Si Kecil

 

Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.

kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.

Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, Semua binatang sepakat kalau si kucing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si kucing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbangan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”

Terharu, kucing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.”

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, kucing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”


Moral:

Jangan sedih ketika kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain Kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu. Tetapi apa yang kamu dapat lakukan, kerjakan itu dengan sebaik-baiknya. Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, karena orang yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan. Selalu begitu.




20 Januari 2011

ISLAM MEMBINA KELUARGA PENYAYANG


Manusia ialah makhluk Allah yang paling mulia di muka bumi ini. Allah mencipta manusia untuk memakmurkan dunia dan beribadat kepadanya. Asas ciptaan manusia adalah daripada roh dan jasad. Jiwa manusia perlu kepada agama untuk memenuhi keperluan rohani . Perasaan beragama juga perlu untuk memenuhi kebahagiaan hidupnya. Sekiranya perasaan ini hilang, maka terumbang-ambinglah manusia itu tanpa tujuan dan matlamat hidup.

Hidup manusia bukan setakat di dunia sahaja. Mereka akan dibangkit semula di akhirat untuk mendapat pembalasan daripada Allah S. W. T tentang amalan mereka di dunia ini. Pembalasan itu adalah setimpal dengan kelakuan mereka semasa hidup. Ini kerana Islam telah menetapkan peraturan dan undang-undang yang perlu diikuti oleh manusia untuk menjadi panduan hidup mereka. Peraturan dan syariat Islam adalah ciptaan Allah yang hanya disampaikan kepada manusia melalui para Rasul dan Nabi. Manakala Nabi Muhammad s. a. w. pula sebagai nabi yang terakhir untuk seluruh umat manusia di dunia hingga hari kiamat.

Membina keluarga yang bahagia dan penyayang mestilah mengikut ajaran dan panduan yang digariskan oleh agama. Islam memberi petunjuk kepada manusia bagaimana cara membaiki keadaan hidupnya, mengenal hak dan kewajipan dalam pergaulan, bahkan dalam segala pekerjaan supaya manusia berbahagia dan untung di dunia dan akhirat.

Islam mendidik manusia supaya hidup berkesopanan. Bercakap benar, berlaku jujur, malu berbuat dosa, memenuhi tanggungjawab, memelihara amanah, berlaku adil adalah antara contoh sikap yang baik dan berguna. lni kerana ketenteraman hidup berjalan atas dasar-dasar yang disenaraikan tadi. Manakala perbuatan bercakap dusta, berbuat curang, berlaku kianat, rendah budi, zalim dan melakukan kekejaman adalah antara sifat yang boleh merosakkan pergaulan dan memutuskan perhubungan.

Pembentukan keluarga dalam Islam bermula dengan ikatan perkahwinan antara lelaki dan perempuan secara sah mengikut hukum Islam itu sendiri. Apabila rumah tangga itu dibina dengan sempurna dan sah, maka ia mendapat keredhaan dan berkat dari Allah S. W. T. Banyak rumah tangga yang dibina tanpa mengikut landasan agama menemui kehancuran dan kegagalan seperti kahwin lari tanpa restu keluarga atau pasangan yang cetek pengetahuan tentang agama.

Untuk memupuk keharmonian hidup berumahtangga, setiap suami isteri hendaklah mematuhi dasar-dasar hukum yang digariskan oleh Islam agar terhindarlah perkara-perkara yang tidak diingini. Islam telah mengingatkan bahawa isteri adalah amanah daripada Allah dan hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya. Bagi pihak isteri pula, Allah telah menegaskan bahawa mereka wajib mentaati suami mereka pada jalan Allah dan haram bau Syurga sekiranya mereka menderhaka terhadap suami selagi si suami patuh dan taat kepada landasan hukum Islam.

Hubungan yang baik antara anak dan ibu bapa akan membawa ke arah keluarga yang bahagia. Islam telah memberikan perhatian yang penting ke atas dua pihak berkenaan. Agama mewajibkan anak-anak mentaati kedua orang tuanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Syurga di bawah tapak kaki ibu".

Anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada kedua ibu bapa sekalipun ibu bapa kafir dan ingkar terhadap Allah, namun mereka berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka. Ini kerana daripada mereka berdualah lahirnya anak-anak ke dunia ini. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras kita mencela atau memarahi mereka dengan bahasa yang kasar. Kita haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.

Betapa berat soal anak-anak menghormati ibu bapa, berat lagi tanggung jawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka ke jalan diredai Allah S. W. T. Ibu bapa wajib memberikan pendidikan yang betul kepada anak-anak mereka. Tanpa bekalan ilmu untuk dunia dan akhirat, anak-anak akan hidup terumbang-ambing. Kecuaian ibu bapa memberikan pendidikan agama yang sepatutnya, maka timbulah gejala sosial kepada anak-anak seperti budaya lepak, bohsia yang melanda negara kita sekarang ini.

lbu bapa merupakan model kepada anak-anak. Oleh itu ibu bapa perlulah berkelakuan yang sopan dan mulia. Tingkah laku mereka mudah menjadi perhatian dan ikutan anak-anak. Dampingilah anak-anak dengan memberikan kasih-sayang yang sempurna. Luangkan masa untuk berbincang tentang masalah mereka. Anak-anak perlu diberikan kasih sayang dan perhatian. Sekiranya diabaikan tanggung jawab ini, jiwa anak-anak akan merasa kekosongan dan mereka tidak diperlukan oleh ibu bapanya. Mereka akan mencari sesuatu yang dapat memenuhi jiwa mereka di luar rumah. Akibatnya ramai yang tercebur ke kancah maksiat dan dadah, maka porak perandalah keluarga tersebut. Sabda Rasulullah s. a. w yang bermaksud; "Hak anak atas bapanya, supaya membaikkan akhlaknya dan membaikkan namanya ".

Kewajipan ibu bapa ialah membentuk peribadi anaknya selaras dengan tuntutan Allah S. W. T. Ini akan membahagikan hidup mereka di dunia dan akhirat. Apabila jiwa anak-anak telah ditanam dengan taqwa dan keimanan Islam, maka kasih sayang dan hormat menghormati wujud dalam keluarga tersebut. Ibu bapa wajib memberikan ilmu dunia dan akhirat kepada anak-anak mereka. Anak-anak yang berilmu dan beriman akan sentiasa mengingati ibu bapa mereka apabila mereka telah tua atau pun telah meninggal dunia. Sabda Rasuluilah s. a. w yang bermaksud; "Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara sahaja iaitu sedekah yang berkekalan, ilmu yang boleh dimanfaatkan dengannya dan doa daripada anak-anak yang soleh".

Islam juga menganjurkan supaya kita mempunyai hubungan yang baik sesama individu. Sabda Rasullullah yang bermaksud; "Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. Nabi s. a. w bersabda lagi yang bermaksud; "Yang paling baik di antara kamu ialah yang baik pergaulannya terhadap keluarganya". Anak-anak perlulah dididik dengan pergaulan yang baik sesama mereka. lbu bapa mestilah berlaku adil dalam melayani kerenah anak-anak mereka supaya terhindar perasaan dengki, iri hati dan dendam. A nak-anak yang lebih kecil hendaklah rnenghormati abang yang lebih tua. Manakala abang mestilah bertolak ansur dengan adik-adik mereka. Apabila sikap ini dapat ditanam dalam diri anak-anak, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga dan mereka saling sayang dan menyayangi antara satu dengan lain. Aman tenteram dan berbahagialah keluarga tersebut

Islam amat mengambil berat dalam membentuk keluarga yang penyayang. Hidup dalam bahagia dan aman sentiasa serta saling tolong menolong antara satu sama lain. Islam telah menggariskan panduan untuk menunjuk ke arah tersebut. Oleh itu membina keluarga yang penyayang dan harmoni maka kita mestilah mengikuti landasan agama.



14 Januari 2011

WANITA BERHIAS DALAM ISLAM

Pada dasarnya berhias bagi setiap orang merupakan Sunnah Alamiah, baik laki-laki maupun wanita.

Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : "Sepuluh hal yang termasuk fitrah:mencukur kumis,memotong kuku,menyela-nyela(mencuci jari jemari),memanjangkan jenggot,siwak,lsrinsyag (memasukkan air ke hidung),mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan intiqashul maa' (istinja')."Mush'ab bin Syaibah menyatakan; "aku lupa yang kesepuluh, melainkan berkumur."

DAri hadist di atas jelas dimana ukuran berhias yang dimaksud dalam Islam.

Beberapa cara berhias yang dilarang dalam Islam yang saat ini banyak dilakukan oleh perempuan-perempuan muslimah, yaitu :

1. Mencukur dan menyambung rambut

Seorang perempuan tidak diperbolehkan mencukur rambutnya melainkan karena sesuatu hal yang mengharuskannya, dan tidak diperbolehkan juga menyambung rambut, baik dengan rambut sendiri,orang lain, hewan atau yang lainnya, ini juga termasuk MENCUKUR/ MENCABUT ALIS MATA.Karena hal ini merupakan dosa besar. Beberapa Pendapat yang menguatkan hal ini :

a. Dari Asma' bin Abu BAkar Al-Shiddiq, dia menceritakan, pernah ada seorang perempuan datang kepada Rasulullah SAW, seraya berkata :

"Wahai Rasulullah, aku mempunyai seorang puteri yang terserang penyakit,sehingga rambutnya rontok, apakah berdosa jika menyamungnya?" Beliau menjawab :"Allah SWT melaknat perempuan yang menyambung rambutnya dan perempuan yang meminta disambungkan rambutnya.(HR.muttafaqun 'Alaih)

b. Dari Ali bin Abi Thalib RA, berkata :

"Rasulullah SAW telah melarang wanita mencukur rambutnya".(HR.Tirmidzi dan An-Nasa'i)

c. Dari Humaid bin Abdirrahman, dia menceritakan , aku pernah mendengar Mu'awiyah ketika dia sedang berada di atas mimbar di Madinah, dimana dia mengambil dari dalam kopiahnya guntingan rambut seraya berkata: "Wahai penduduk Madinah, dimana ulama-ulama kalian, sesungguhnya aku pernah mendengar Nabi SAW melarang melakukan hal ini (menyambung rambut). Ketahuilah, bahwa orang-orang Bani Israel binasa ketika wanita-wanita kalangan mereka melakukan hal ini".

d. Dari Mu'awiyah RA, bahwa "Rasulullah SAW melarang tipu daya, dan tipu daya wanita adalah menyambung rambutnya."

e. Dari Ibnu Umar RA, bahwa "Rasulullah SAW melaknat wanita yang menyambung rambutnya".

2. Membuat Tato dan Merenggangkan Gigi

Saat ini banyak perempuan yang bangga dengan tato yang dia miliki, dengan tanpa malu memamerkannya dan mempertontonkannya, tanpa mereka sadari bahwa perbuatan mereka tersebut merupakan perbuatan yang ALLAH SWT dan Rasulullah SAW benci, sebagaimana dalam hadist dibawah ini :

a. HR. Nasa'i : "Rasulullah SAW melaknat perempuan yang menyambung rambutnya dan perempuan yang minta disambung rambutnya, perempuan yang mentato (kulitnya) dan perempuan yang meminta dibuatkan tatonya."

b. "Allah SWT melaknat perempuan yang membuat tato (pada kulitnya) dan perempuan yang meminta dibuatkan tato, yang mencukur alisnya dan perempuan yang meminta direnggangkan giginya untuk mempercantik diri, yang mereka semua merubah ciptaan Allah." (Muttafaqun 'Alaih).

c. Dari Abu Al-Hushain Al-Haitsam, menuturkan, aku pernah mendengar Abu Raihanah mengatakan :"Rasulullah SAW melarang sepuluh hal: mengasah gigi, membuat tato, mencabut alis....sampai pada sabdanya, dan juga berkumpulnya dua orang perempuan dalam satu kain tanpa hijab....." (HR.Abu Daud). Wallahu Alam...

Kecantikan itu bukan dilihat dari fisik, kecantikan itu timbul dari dalam hati dan kebaikan. Kecantikan fisik itu semu, hanya sementara.

3. Tabarruj

Merupakan berhias dengan memperlihatkan kecantikan fisik berupa keindahan tubuh dan wajah serta jalan yang dibuat-buat.

Beberapa Firman Allah SWT yang melarang hal ini dan merupakan Dasar Hukum yang utama yang tidak bisa disanggah:

a. "Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada keinginan untuk kawin,tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak bermaksud menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. DAn Allah SWT Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."(An-Nuur:60)

b."Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kalian untuk menutupi aurat kalian dan pakain indah untuk perhiasan.Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasan ALLAH SWT.Mudah-mudahan mereka sellau ingat."(Al-A'raf:26)

c."Wahai Nabi, katakanlah kepada isttri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin:"Hendaklah mereka mengulurkan jilbab2 keseluruh tubuh mereka."Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,karena itu mereka tidak diganggu".(Al-Ahzab:59)

d. "Katakanlah kepada perempuan yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka,memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak darinya.Hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka,ayah mereka,ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kalian kepada ALLAH SWT, wahai orang-orang yang beriman supaya kalian beruntung."(An-Nur:31)

Wallahu alam ....

Sesungguhnya menuju kemuliaan itu mudah tergantung manusianya apakah mau atau tidak?

Tabarruj ini sangat banyak kita temui dilingkungan kita sendiri, baik dirumah dan lingkungan tempat tinggal kita. Malah ada yang dengan bodohnya mau dijadikan alat bisnis, orang yang bermaksud menolongnya dikatakan sebagai orang yang iri dan melanggar Hak Azazi Manusia "Wallahu alam". Sungguh sangat miris mendengar kata-kata tersebut, seseorang yang ingin melindunginya di akhirat malah di hujat habis-habisan.

Dengan bangga perempuan-perempuan tersebut mengenakan pakaian mini, tipis dan berlenggak-lenggok dihadapan yang bukan mahramnya.Mereka lupa mengerjakan perintah ALLAH SWT untuk senantiasa "MENUTUP AURAT", karena menurut pandangan mereka kemajuan adalah tabarruj, dansa,ikhthilath,minum-minuman dan obat-obatan terlarang.

Sungguh merugi perempuan muslimah yang berani menentang Allah SWT, tetapi tidak berani menentang hawa nafsu mereka, dan mereka enggan mendengar ayat-ayat Al-Qur'an, bahkan dengan nada sombong mereka terus bertabarruj, dan mereka acuhkan perintah Allah SWT dan larangnya sebagaimana dalam surat Al-Jatsiyah:7-8,yaitu:

"Kecelakaan yang besar bagi setiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa, dia mendengar ayat-ayat Allah SWT dibacakan kepadanya, kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka berilah dia kabar gembira dengan azab yang pedih."






10 Januari 2011

Rahsia Sujud Di Dalam Solat

Pernahkah kita terfikir setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah SWT. Dengan menyelami, memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa dan noda. Firman Allah SWT yang bermaksud:-
" Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Segala rukun di dalam solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi'li (perbuatan) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah SWT. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah SWT dan amalan atau rukun yang paling disukai oleh Allah ialah rukun sujud.

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan "rasa menghina dirinya" seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa

"Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan".

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-

"Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)". (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Cerita Sujud:

Semasa malaikat-malaikat disuruh sujud kepada Nabi Allah Adam semua malaikat sujud apabila mereka bangun mengangkat kepala didapati malaikat yang bernama Azazil tidak sujud maka Allah SWT menjadi murka dan melaknat ke atasnya jadilah ia Iblis dengan bertukar rupa. Rupanya seperti kera dan badannya seperti babi justeru para malaikat merasa kecut dan takut lantas mereka sujud sekali lagi kerana syukur tidak kena laknat oleh Allah SWT.

1.      SUJUD PERTAMA TAAT (PERINTAH ALLAH)
2.      SUJUD KEDUA SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Tatkala Nabi Muhammad SAW Israk dan Mikraj ketika sampai di langit yang ketiga para malaikat-malaikat di sana sememangnya sujud selama- lamanya tetapi dikehendaki waktu Nabi SAW sampai mestilah mengangkat kepala tanda hormat.

Apabila Nabi SAW memberi salam kepada para malaikat, semua malaikat itu bangun dari sujud kerana menjawab salam dan berkenalan dengan melihat wajah Nabi Muhammad SAW kemudian mereka sujud semula.

Telah bersabda Rasulullah SAW, Bumi keseluruhannya adalah masjid melainkan tempat perkuburan dan tempat mandi.

"Telah dijadikan untuk kita bumi seluruhnya adalah masjid. Maka jangan anda sapu pasir pada tempat sujud kerana rahmat Allah berada di hadapan. Dan berdebu muka ku untuk Allah yang maha Mulia lagi maha Tinggi sebab pasir kerana itulah puncak ibadah kepada Allah Taala. Tidak dikira bersolat bagi mereka yang tidak sampai atau kena hidungnya ke bumi (tanah) seperti juga dahinya".

Oleh kerana banyak hadis menyebut tentang bumi dan kaitannya dengan sujud maka para ulama bersepakat mengatakan sekurang-kurangnya mesti sekali seumur hidup solat dan sujud di atas bumi dengan tidak berlapik dan jika banyak kali adalah lebih baik. Maka dengan sebab itulah orang-orang yang bermazhab Syiah bersolat di atas bumi atau dengan membawa kemana-mana sapu tangan yang khas ada di atasnya tanah untuk lapik sujud.

Firman Allah SWT yang bermaksud:- " Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri" (Surah As-Sajadah ayat 15).

Di dalam perlakuan sujud itu ada simbolik dan hikmah yang harus fahami dan hayati. Iaitu bersama terancap dan ratanya tujuh anggota badan kita dengan bumi, pergerakan yang sepenuh jiwa, sepenuh rasa hina dan mengharap kepada Allah SWT dan penyerahan secara total seorang hamba terhadap Penciptanya dalam menerima serta mematuhi segala perintah dan larangan dari-Nya. Jangan sampai berlaku, hanya di dalam solat sahaja kita sujud tetapi di dalam kehidupan seharian kita bersifat "jauh api dari panggang" didalam erti kata yang lain kita tidak tunduk, tidak taat dan tidak menyerah secara total kepada peraturan dan sistem Allah yang Maha Sempurna.

Sayugia dilakukan setiap melakukan rukun sujud ketika solat sentiasalah membaharui ingatan kepada Allah SWT (Al-Khaliq). Manakala tunduk meletakkan dahi ketika sujud hendaklah merasakan bahawa ia sedang menghina diri kepada suatu Zat Allah Yang Maha Agung dan apabila ia merasa kehebatan Allah Yang Maha Agung maka ketika itu ia juga harus merasai dirinya itu amat kecil dan terlalu kerdil di hadapan Zat Yang Maha Agung. Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah.

Dengan sujud itu bererti telah mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Sesungguhnya asal kejadian manusia itu seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran adalah dijadikan dari tanah maka setiap kali seseorang itu sujud adalah bertujuan mengasuh hatinya bahawa ia kelak akan dikembalikan kepada tanah iaitu menemui kematian seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Dengan demikian bererti sujud itu juga mengasuh hati manusia bukan saja supaya mengingat akan asal kejadiannya tetapi juga akan dikembalikan ke tanah iaitu menemui ajal kematian. Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, "Subhana Rabbial- A'la wa-Bihamdih".

Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:-

1.  Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
9.  Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
11.  Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
12.  Mengurangkan kegemukan.
13.  Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14.  Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
15.  Memberi dorongan untuk mudah tidur.

 Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).












06 Januari 2011

10 wasiat Hasan al-Banna

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suaramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.