Maaf lama xupdate blog..terlalu bz dengan keje..hihi...alhamdulillah kursus perubatan islam darul muallij baru habis mengadakan seminar perubatan islam.bagi sesiapa yang ingin menjadi penganjur untuk mengadakan kursus perubatan islam bolehla menghubungi kami...mari kita sama2 kembangkan kaedah rawatan islam dan menghapuskan bomoh2 kurafat yang berada di Malaysia.Di sini sy terangkan sedikit tentang ilmu2 jahat ni dan yang paling popular ialah sihir.
Banyak kaedah melakukan sihir yang boleh dilakukan oleh seseorang. Kaedah-kaedah yang dilakukan berbeza menurut pembelajaran yang dilalui. Kesemuanya ini berlaku hasil adanya penglibatan iblis dan syaitan. Tanpanya manusia tidak berupaya mengamalkan sihir.Sihir boleh menyebabkan berlakunya pelbagai masalah ke atas mangsanya yang boleh menyebabkan seseorang itu sakit menderita berpanjangan, kehilangan akal dan mungkin akan membawa maut. Diantara jenis sihir yang popular dikalangan orang Melayu kita ialah seperti tuju-tuju , ilmu pengasih dan lain-lain.
Terdapat banyak keterangan dan bukti sama ada daripada al-Quran ataupun hadith yang menerangkan secara langsung ataupun tidak berhubung dengan bidang perubatan di dalam Islam. Umpamanya Allah Swt telah menerangkan bahawa ayat-ayat al-Quran sendiri menjadi penawar kepada orang-orang yang beriman seperti mana yang difirmankan:
وننزل من القرأن ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين ولا يزيد الظالمين الا خسارا
Maksudnya: Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya, dan sebaliknya Al-quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keengkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Isra’:82)
Oleh itu sahabat2 ku sekalian..mari kita wujudkan 'SATU RUMAH SATU PERAWAT ISLAM'.moga keluarga kita dilindungi dari kejahatan Syaitan.Kepada sesiapa yang berminat nak jadi penganjur silakan..kita akan turun buat seminar dan rawatan.. pelajari kaedah rawatan ISLAM bagi gangguan jin,sihir,santau,saka dan susuk .wallahuaklam..
