06 Disember 2010

MAAL HIJRAH: SUNTIKAN UNTUK KEUNGGULAN UMAT

Oleh : Prof. Madya Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin
Panel Penulis JAKIM
Pada awal abad yang ketujuh Masehi, masyarakat dunia berada di pintu kehancuran. Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri dari Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Farsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat rebutan kuasa dan perpecahan di sana sini. Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk menghadapi keruntuhan akibat daripada keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak. Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakatnya tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral.
Allah Maha Adil dan Maha Penyayang kerana tidak membiarkan masyarakat manusia terus hancur dan musnah. Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam mengimbau kembali peristiwa tersebut, Allah s.w.t menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya'
(Ali ‘Imran:103)

Ayat tersebut antara lain menjelaskan bahawa keadaan manusia yang hampir-hampir rosak binasa dan akan menerima akibat yang lebih buruk di akhirat telah diselamatkan menerusi pengutusan rasul untuk memandu mereka ke jalan yang benar dan akhirnya mereka terselamat.
Bagi mengubah masyarakat supaya berada dalam keadaan selamat, Rasulullah s.a.w telah berhempas pulas mengorbankan segala apa yang ada dan ini diikuti pula oleh sahabat-sahabat baginda yang setia. Dalam tempoh 23 tahun, usaha tersebut dicurahkan oleh baginda dan akhirnya mencapai matlamat iaitu berjaya mengubah dan menyelamatkan masyarakat dunia dari kehancuran dan kerosakan.
Dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w membuat perbandingan tentang usahanya itu yang bermaksud:
'Antara aku dan kamu diumpamakan seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Maka datanglah segala unggas dan binatang-binatang kecil yang berterbangan lalu jatuh ke dalamnya, sedangkan lelaki itu berusaha untuk menahan benda-benda tersebut dari jatuh ke dalamnya. Aku memegang dengan kuat ikatan pinggang kamu supaya tidak jatuh ke dalam api, sedangkan kamu terlepas dari peganganku.'
Hadith ini menggambarkan keadaan manusia yang menuju kepada kebinasaan sedangkan mereka tidak mengetahuinya. Manakala Rasulullah s.a.w pula berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka agar terlepas dari kebinasaan itu. Akhirnya masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab telah dapat mencabar kuasa dunia iaitu Rom dan Farsi seterusnya muncul selepas itu sebagai sebuah masyarakat yang mengambil alih kuasa dunia.
Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a berjaya mengubah masyarakat dari sudut kepercayaan, sikap, moral, cara berfikir dan segala-galanya, termasuk perubahan pengorbanan daripada tertumpu kepada sesama manusia kepada tertumpu kepada Allah. Masyarakat manusia berjaya dipindahkan dari dua keadaan yang perbezaannya sangat jauh.
Dalam menyusuri perkembangan sejarah, selepas kejayaan kali pertama maka masyarakat Islam mengharungi jatuh bangun dalam pentas pergolakan dunia dan ia berkait rapat dengan komitmen mereka terhadap agama Islam yang suci. Era kemalapan umat Islam kali terakhir berlaku pada awal abad ke-20. Sejak kejatuhan Khalifah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924, masyarakat Islam semakin terumbang-ambing di gelanggang dunia. Kini masyarakat Islam masuk ke era kelemahan dan keruntuhan yang menyeluruh. Masyarakat Islam yang berpecah-pecah berdasarkan kawasan dan negara, menjadi sebuah masyarakat yang sentiasa dicabar dan dihina di mana-mana. Menjelang abad ke-21, masyarakat Islam diganyang di merata-rata seperti di Yugoslavia, Iraq, Palestin, Kosovo dan di seluruh pelosok dunia. Apa yang berlaku sekarang jelas sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud:
'Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.'
Hadith ini jelas menunjukkan bahawa sampai suatu masa orang-orang Islam samalah seperti satu hidangan yang dikelilingi oleh sekumpulan orang yang lapar lagi gelojoh makan. Tiada sedikitpun perasaan bimbang dalam hati orang bukan Islam untuk melakukan apa sahaja yang disukai terhadap orang-orang Islam kerana mereka sangat lemah.
Ada bermacam-macam jawapan apabila ditanya sebab kelemahan masyarakat Islam sekarang. Ada yang berpendapat ia berpunca dari kelemahan politik dan perpecahan di kalangan masyarakat Islam. Ada yang berpendapat kerana kelemahan ekonomi, kelemahan pendidikan dan pencapaian ilmu ataupun kerana kelemahan dalam pencapaian sains dan teknologi. Ada yang memberikan alasan kerana kelemahan iman atau kerana tidak mengikut arahan agama dan bermacam-macam lagi.
Namun berdasarkan hadith itu tadi, jelas menunjukkan bahawa sebab kelemahan masyarakat Islam ialah hilangnya semangat berkorban dari dalam diri mereka. Umat Islam sudah tidak sanggup berkorban untuk tidak cintakan dunia atau berkorban untuk tidak takut mati. Mereka cintakan dunia sehingga sanggup memilihnya dengan membelakangkan kepentingan agama. Mereka juga takutkan mati apabila dituntut oleh agama bangun memperjuangkan sesuatu kebenaran. Inilah sifat-sifat negatif yang menjangkiti umat Islam.
Roh Ma’al Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap.
Masyarakat Islam kini agak jauh terpesong dari landasan agamanya. Sebagai contoh, sungguhpun agama menuntut agar umatnya menuntut ilmu, tetapi kenyataan yang ada, sehingga kini sebahagian besar masyarakat Islam adalah buta huruf. Islam juga menuntut umatnya bersatu padu. Namun realiti masa kini umat Islamlah yang paling ramai berpecah belah. Demikianlah juga, Islam menuntut umatnya supaya rajin, berdisiplin dan menjaga masa tetapi orang Islamlah yang kurang berusaha, tidak berperaturan dan suka membuang masa.
Jika dilihat kepada dasar-dasar ajaran Islam itu sendiri, peluang orang Islam untuk maju dan mulia dalam dunia masa kini amatlah cerah. Ini kerana orang Islam mempunyai aset yang mencukupi dalam rangka untuk menempah kemajuan iaitu dorongan dari ajaran Islam dan aset material.
Aset galakan dan dorongan agama ini dapat dilihat dengan jelas di mana Islam sangat mementingkan ilmu dan mewajibkan ke atas setiap umatnya menuntut ilmu. Agama juga menuntut orang Islam sentiasa membina kekuatan dan kemuliaan. Kewajipan ini mendorong kuat umat Islam berusaha mencapai kekuatan dan kemuliaan pada setiap masa dan ketika. Ajaran Islam juga sangat mementingkan pegangan hidup yang mantap dan akhlak mulia. Islam juga mewajipkan umatnya menjalankan aktiviti kehidupan dengan bersih, ikhlas dan amanah.
Oleh itu, galakan-galakan seperti ini sangat penting dan menjadi modal yang besar kepada masyarakat Islam dalam mengembalikan keagungan dan kegemilangan zaman emas umat Islam.
Di samping itu, umat Islam memiliki aset material yang besar dan utama yang tidak dimiliki oleh kuasa kuffar. Petroleum, gas asli, bahan galian, sumber air, hasil hutan, bahan makanan, bilangan penganut dan banyak lagi adalah sumber kekuatan umat yang sentiasa menjadi bahan rebutan dan eksploitasi oleh golongan kuffar. Dengan adanya aset-aset tersebut dan manfaat secukupnya maka tidak mustahil masyarakat Islam menjadi satu masyarakat yang kuat dan maju sebagaimana yang pernah ditempa pada suatu ketika dahulu.
Perpindahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a dari kota Mekah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sesetengah sahabat dari Mekah ke Habsyah, merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.
Untuk terus maju dan mencapai kemuliaan, masyarakat Islam tidak boleh berpeluk tubuh dan hanya menyerah kepada takdir. Umat Islam dahulu telah berjihad secara habis-habisan, maka sebab itulah mereka berjaya meletakkan Islam di tempat yang mulia dan sepatutnya. Kini giliran kita memberi sumbangan kepada agama yang suci ini agar ia terus berkembang dan dihormati. Sesungguhnya bumi ini dan segala apa yang ada padanya adalah hak kepunyaan umat Islam. Di tangan orang Islamlah selayaknya ia harus ditadbirkan. Firman Allah s.w.t yang maksudnya:
'Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis dalam kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz, bahawasanya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh'
(al-Anbiya’:105)

Ayat tersebut menjelaskan kepada orang Islam tentang hak mereka mewarisi pentadbiran bumi ini, tetapi dengan syarat bahawa mereka terdiri dari golongan orang-orang yang soleh. Jika syarat tersebut luput, maka mereka tidak berhak apatah lagi layak mendapatkannya.
Bagi melepaskan diri dari kongkongan kelemahan dan kehinaan, maka umat Islam perlu melihat hijrah dalam pengertiannya yang luas iaitu perubahan diri menuju kepada kegemilangan di dunia dan di akhirat. Untuk itu maka langkah yang perlu diatur mestilah mengandungi kefahaman yang jelas dan gerak kerja yang teratur dan betul.
Perubahan ke arah kemajuan dan kemuliaan ummah bermula dengan pengisian kefahaman bahawa Islam adalah agama yang agung dan mulia maka umatnya juga jelas adalah umat yang agung dan mulia. Namun ia hanya dapat dicapai menerusi kekuatan spiritual, moral, fizikal, dan daya cipta serta kesatuan umat itu sendiri. Masyarakat Islam juga wajib memahami bahawa segala ilmu yang baik dan berfaedah kepada manusia adalah termasuk ke dalam ilmu yang disukai dan dituntut oleh Islam. Oleh itu, menuntut ilmu yang bermanfaat adalah satu kewajipan dan dikira berdosa mereka yang mengabaikannya. Masyarakat juga perlu memahami bahawa mereka merupakan pewaris yang sah kepada kepimpinan bumi ini. Tanpa pertunjuk dan panduan hidup dari Allah Tuhan semesta alam, mustahil kaum lain yang mensyirikkan Allah s.w.t layak mentadbir bumi yang diciptakan-Nya.
Di samping kefahaman, beberapa gerak kerja juga harus diatur oleh masyarakat Islam untuk tujuan kemajuan dan kemuliaan Islam iaitu menceburkan diri dalam pelbagai kajian dan penemuan dengan lebih kuat daripada masyarakat lain, asalkan ianya berfaedah dan tidak bercanggah dengan batas-batas syarak. Masyarakat Islam juga perlu bergerak dan bekerja secara terbuka tanpa terikat dengan kongkongan pemikiran yang sempit dan merugikan. Dan juga perlu menghidupkan dan menghayati semangat jihad iaitu bersungguh-sungguh dan berkorban dalam mencapai cita-cita murni yang bertepatan dengan Islam. Umat Islam tidak dapat tidak mesti memperkukuhkan tonggak kekuatan yang terdiri dari kekuatan akidah, fizikal dan material. Mereka juga perlu mempertingkatkan usaha melahirkan masyarakat yang soleh dan seimbang dari segi rohani dan jasmani kerana ia menjadi syarat mewarisi teraju kepimpinan bumi ini.
Masyarakat Islam yang kian pudar dan kian hilang kekuatan tidak boleh dibiarkan terus berada dalam keadaan seperti ini. Masyarakat Islam pada hakikatnya mempunyai aset dan sumber kekuatan yang perlu digerakkan dan dimanfaatkan demi kemajuan dan kemuliaan umat. Kita mampu berbuat demikian jika kita mahu kerana bekalan sudah tersedia. Jika generasi awal umat Islam boleh melakukannya maka mengapa kita tidak boleh. Sesungguhnya Ma’al Hijrah merupakan titik tolak yang paling sesuai ke arah itu.




30 November 2010

Siapalah kita.......... 
Apa yang paling dekat, jauh, besar, berat, ringan, tajam?

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid- muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”Murid-muridnya menjawab, orang tua, guru, kawan, sahabatnya. Imam Al Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah “MATI”. Sebab itu sememangnya janji Allah s.w.t bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
Lalu Imam Al Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua,”Apa yang paling yang jauh dengan kita di dunia ini?” Murid- muridnya menjawab, negara Cina, bulan,matahari dan bintang- bintang. Lalu Imam Al Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “MASA LALU”. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali kepada masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.Lalu Imam Al Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga,” Apa yang paling besar di dunia ini?” Murid- muridnya menjawab gunung, bumi, matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Al Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “NAFSU” (Al A”Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.Pertanyaan keempat adalah, “Apa yang paling berat di dunia ini?” Ada yang menjawab besi dan gajah. Semua itu benar, kata Imam Al Ghozali, tapiayng paling berat adalah , “MEMEGANG AMANAH” (Al AHZAB 72). Tumbuh- tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusi adengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah,”Apa yang paling ringan di dunia ini? Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan lain-lain. Semua itu benar kata Imam Al Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia adalah meninggalkan solat. Gara- gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara- gara mesyuarat kita meninggalkan solat.
Dan pertanyaan keenam adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” Murid- muridnya menjawab dengan serentak , pedang. Benar kata Imam Al Ghozali,tapi yang paling tajam adalah “ LIDAH MANUSIA”. Kerana melalui lidah, manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya





20 November 2010

SIKAP ORG KITA..LAKI2 LA YANG KENA..HAHAHA..SO 
RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL


Perempuan Lawa vs Perempuan Tak Lawa
      

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap: woow! ciri-ciri isteri idaman...
Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh.. tak reti komunikasi

Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis dalaman nih...kesian
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...


Kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
Kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

Kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
Kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
Kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

Kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
Kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: mesti anak org kaya nih.....

Kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
Kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

Kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
Kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

Kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
Kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

Kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
Kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

Kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
Kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring 


UNTUKMU TEMAN


SAHABAT ...
BILA RASA INGIN MENANGIS ... HUBUNGILAH AKU
BUKAN AKU NAK SURUH KAU BERHENTI MENANGIS
TAPI MUNGKIN AKU BOLEH MENANGIS BERSAMAMU

SAHABAT ...
JIKA TERASA TIBA2 NAK MELARIKAN DIRI JAUH DARI MASALAH
HUBUNGILAH AKU ...
AKU TAKKAN SURUH KAU BERHENTI ... TAPI ...
MUNGKIN AKU AKAN BERLARI BERSAMA KAU
AGAR MASALAH KAU BOLEH SELESAI

KAWAN ...
JIKA TIBA2 KAU DITINGGALKAN KEKASIH KAU
HUBUNGILAH AKU ...
AKU TAKKAN MEMAKI HAMUN X-MAKWE / X-PAKWE KAU ... TAPI
AKU AKAN CUBA BUAT KAU CINTAI DIRI KAU SENDIRI

SAHABAT ...
JIKA KAU KECEWA KELUARGAMU TAK BAHAGIA
BERITAHULAH AKU ...
AKU TAKKAN BUAT KAU BENCI KEPADA IBU BAPA KAU
TAPI TERIMALAH SEGALA KETENTUAN ILLAHI

SAHABAT ...
JIKA KAU KECEWA PERKAHWINAN KAU SUATU HARI NANTI
CERITALAH PADA AKU ...
AKU TAKKAN SEBUT NAMA PEREMPUAN / LELAKI ITU
TETAPI ... CUBALAH JADI LELAKI / WANITA YANG
LEBIH SOLEH / SOLEHAH

TETAPI
SAHABAT ...
JIKA SUATU HARI AKU BERDIAM DIRI 
AKU TIDAK MEMBALAS MESSEGEMU
AKU TIDAK ANGKAT PANGGILAN DARIMU
HUBUNGILAH AKU SEGERA
SEBAB WAKTU ITU AKU ...
AKU PERLUKAN KAU ...
UNTUK MENDOAKAN KESEJAHTERAAN AKU ...


15 November 2010


HADIS-HADIS NABI : MENGENALI WANITA

Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.

Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-

 1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

 3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

 4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

 7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

 8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

 9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

 10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

 11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

 13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

 15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

 16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

 17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

 18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

 19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi,Pada sekalian wanita,janganlah sesekali merasa lemah.Wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat.Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.



11 November 2010

Mutiara Kata SENYUM



1. SENYUM adalah bahasa dunia.Ia menunjukkan keceriaan.

2. SENYUM adalah perhiasan batin yang dpt mbantu mgindahkan phiasan lahir y xsempurna.

3. Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.

4. SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang.

5. "SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah 1 sedekah.

6. SENYUM adalah jambatan persahabatan.

7. SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.

8. Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM.

9. SENYUM harus ada ketululusan.

10. SENYUM yang dibuat-buat pasti xakan menyenangkan,sama saja dgn kening ya berkerut.

11. Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 ototmanakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka.Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot.Bayangkanlah !!!

12. "SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.

13. Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.

14. Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa kitatidak muliakan ? Muliakan dengan diri kita.

15. SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini.Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu.

16. Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........ WillianShakespere mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehidengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"

17. Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.

18. Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.

19. Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya






07 November 2010

Puisi Khas Untuk Puteriku Yang Masih Belum Menemui CinTa

 
 HAPUSLAH AIR MATA MU
    HILANGKAN LARA DIHATI 

Duhai Puteriku
Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah bagian 
dari sketsa hidup didunia.Titisan air mata yang bermuara dihati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang begitu memilukan,hingga membuat keresahan dan kebimbangan.
Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalam,menyebabkan kepedihan yang menyesakkan rongga dada.Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya,bertanya dimanakah pasangan jiwa berada?Lalu,hati menciptakan serpihan kegelisahan,bagaikan anak kecil yang hilang dari ibunya ditengah keramaian.Keinginan bertemu pasangan jiwa, 
bukankah itu juga sebuah fitrah?Semuanya hadir tanpa disadari sebelumnya,hingga tanpa sadar telah menjadi bagian hidup yang tak terpisahkan.
Duhai Puteriku
Sebuah fitrah pula bahawa setiap wanita ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang baik ketimbang menjalani hidup dalam kesendirian.Dengan sentuhan kasih sayang dan belaiannya,akan terbentuk  jiwa jiwa yang sholeh dan sholehah.Betapa mulianya kedudukan seorang wanita, apalagi bila ia seorang wanita beriman yang mampu membina dan menjaga keindahan cahaya Islam hingga memenuhi setiap sudut rumah tangganya.
Duhai Puteriku
Allah Subhanahu Wata’ala pun telah mencipta wanita dengan segala keistimewaannya, hamil, melahirkan, menyusui hingga keta’atan dan memenuhi hak-hak suami laksana arena Jihad Fi Sabillah.Kerananya, yakinkah kita bahawa batin itu tiada goresan, saat melihat pernikahan wanita lain dibawah umurnya?Pernahkah kita menyaksikan kepedihan wanita yang berazam menjaga kehormatan diri hingga ia menemukan kekasih hati?
Dapatkah kita menggambarkan perasaannya yang merintih saat melihat kebahagiaan wanita lain melahirkan ?Atau,tidakkah kita melihat kilasan tatapan sedih matanya ketika melihat aqiqah anak kita?Letih!!!Sungguh amat letih jiwa dan raga.Sendiri mengayuh biduk kecil dgn rasa hampa tanpa tahu adakah belahan jiwa menunggu disana
Duhai Puteriku 
Dalam Islam,kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini sahaja,kerana masih ada akhirat.Memang,setiap manusia telah diciptakan berpasangan,namun tak hanya dibatasi oleh dunia fana ini sahaja.Seseorang yang belum menemui pasangan jiwanya,insyaAllah akan dipertemukan diakhirat sana,selama mana ia beriman dan bertaqwa serta sabar atas ujianNya yang telah menetapkan dirinya sebagai lajang didunia fana.
Mungkin Sang Pengeran pun xsabar utk bersua dan telah menunggu ditepi syurga bkereta kencana utk membawamu keistananya.Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Sang Pemilik Cinta. 
 Duhai Puteriku 
Kalaulah rasa itu selalu menghantuimu, usah kau lara sendiri….
Taqarrublah kepada Allah Subhanahu Wata’ala.Kembalikanlah segala urusan hanya kepadaNya,bukankah hanya Ia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih.Ikhtiar,munajat serta untaian doa yang tiada habi habisnya curahkanlah kepada Sang Pemilik Hati.Tidak usah membandingkan diri ini dengan wanita lain,kerana Allah Subhanahu Wata’ala pastinya memberikan yang terbaik untuk setiap hambaNya,meski ia tidak menyedarinya.
Usahlah dirimu bersedih lalu menangis dipenghujung malam kerana tak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa.Menangislah kerana air mata permohonan kepadaNya disetiap sujud dan dikeheningan pekat malam.Jadikanlah hidup ini selalu penuh dengan harapan baik kepada Sang Pemilik Jiwa. 
 Duhai Puteriku  
Bersiaplah menghadapi putaran waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas benilai ibadah kepada Allah Subhanahu Wata’ala.Tausyiahlah selalu hati dengan tarbiyah Ilahi hingga diri ini tidak sepi didalam kesendirian.Bukankah kalau saat sudah tiba, jodoh tidak akan lari kemana.Kerana sejak roh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwa mu telah pun dituliskanNya. 
Sabarlah Wahai Puteri-PuteriKu
Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya.Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang gemilang.Kicauan bening burung malam pun selalu riang bercanda digelapan.senyumlah,
laksana senyum mempesona butir embun pagi yang selalu setia menyapa.
Terimalah semuanya sebagai bagian dari perjalanan hidup ini.Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia dibalik titian kehidupan yang dijalani. Hingga, kelak akan engkau rasakan tak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri.
 
 
 



03 November 2010

Hayatilah yer... :)

     KAIL DAN IKAN  
Jika kamu memancing ikan ,setelah ikan itu terlekat dimata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan terus merana kesakitan kerana ketajaman mata kail yang telah melukakannya dan mungkin akan menyebabkan ikan tersebut menderita kesakitan.
   Begitulah jua setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang dan setelah ia mula menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimuuu 

AIR DALAM TAKUNGAN  
 Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharapkan pada takungannya dan janganlah menganggap ia teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk ditampal dan akhirnya apabila rosak ia akan dibuang.Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah ia seadanya,janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa kerana ia adalah manusia biasa.Ini adalah kerana sekiranya kamu menggap dia terlalu istimewa , Apabila ia melakukan kesilapan bukan mudah untuk kamu menerimanya dan akhirnya kamu tinggalkan ia begitu sahaja sedangkan sekiranya kamu memaafkannya mungkin hubungan kamu bertambah baik……… 

 
 



02 November 2010

Hayatilah Cerita Ini..Buat Si Isteri...huhu

 kenapa sy letak cerita ni?

1.sebab suaminya org utara mcm sy :P

2.sebab jgn pikir suami diam diri tu maknanya xsyg

3.hargailah suami anda..huhu

KELAKARNYA SUAMI AKU NIH....

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

 Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
            Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

            Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

                                                                                                            Love,
                                                                                                            Suamimu

29 Oktober 2010

ZaMan BeLaJaR

Assalamualaikum... kali ni nak citer pasal projek2 masa belajar dulu..mana la tahu ader mana2 company atau individu yang tengok pastu nak amik sy keje dengan diorang ke..huhu..kalau ader alhamdulillahhh...xderla pandai sgt design2 ni..boleh la setakat nak buat sikit2 tu..huhu...Dulu sy belajar di KOLEJ KOMUNITI.kemudian nak kawen duit pun gaji baru RM+++..sape nak buat menantu klu gaji banyak tu je kan..hahah...last2 sy amik keputusan sambung la belajar di POLITEKNIK..Kat sini aderla sy upload gambar2 masa belajar..sy xkisah upload sebab dah tentu2 design ni sy yang buat.so,xderla jadi satu kesalahan..sy punya design..sukahatila nak tunjuk ke tak..hahaha.....sebelum tu mari kita layan dulu lagu dari kumpulan BROTHERS...konsert di indonesia..best sgt2..sebab tu upload..xder kena mengena dgn cerita sy tp saja je upload gak..nak bg penuh blog :P



gambar pertama ni masa di bridging..bridging ni untuk budak2 kolej komuniti je...kira mcm pra-diploma la..selama 6 bulan kami belajar kemudian kami akan duduki exam mcm biasa..sape lulus baru leh amik diploma intergrasi...huhu..alhamdulillahh..lepas jugak...

BRIDGING
(baru nak belajar buat design)

PROJEK 1-PEJABAT PENGHULU
projek ni hampir2 buat sy gagal..punyala susah..salah sy jugak..kononnya nk buat design yang power2...bila tiba kat pandangan menangisla nak buat..hahaha..so nasihat pada student architecture tu,ukurlah baju dibadan sendiri..buatla setakat termampu..huhu....

PROJEK 2-AQUATIC HUB

projek ni pun menakutkan jugak..tp atas bantuan kawan2 yang powerr..boleh la buat...cuma rasanya projek ni xleh buat kat atas site sebab structurenya..atas paper je boleh buat.buat kat site maka runtuhla bangunan tersebut.huhu..budak2 arkitek mesti paham..huhu..

  

SEMESTER 5
(masa ni dah power sikit kot :p)

PROJEK 1-KUARTES HOSPITAL
projek ni sy agak berpuas hati sebab xder masalah sgt masa buat ni..semuanya berjalan lancar...semester 5 memang paling sy puas hati...sebabnya ke'tension'an tu berkurang dari bridging..hurmm..alhamdulillahhh....



PROJEK 2-FASHION HOUSE
projek ni pun happy sgt sy buat sebab tentang fashion2 ni..so kajian kitorang banyakla tentang fashion2 terkini.barulah tahu mana asalnya diadora,adidas,umbro,puma dan lain2 lagi..klu tak  kerana projek ni memang sy xtahu langsung asal usul..beli n pakai je la.lagipun projek ni la sy mula2 belajar buat 3D sketcup..xderla cantik sgt tp sekurang2nya sy leh buat 3D..huhu....alhamdulillahhh....




SEMESTER 6
(semester akhir)

PROJEK 1-RESTAURANT
Alhamdulillah..selepas selesai semuanya,kini tibalah semester akhir..Projek ni kira terakhir la sebelum sy dapat Diploma Architecture..Projek ni kitorang kena design restaurant mengikut konsep..sy buat konsep udang..aderr rupa mcm udang tak?huhu...sy gabungkan udang dan pulau..hurmm...



AKHIRNYA TAMAT JUGA..ALHAMDULILLAH...







25 Oktober 2010

BERSAMA HIJJAZ KE SINGAPURA

kali ni nak cerita lak hujung bulan disember tahun lepas sy dijemput oleh kumpulan nasyid HIJJAZ untuk menyertai persembahan akhir tahun di SINGAPURA... sebelum ni sy mana ada passport..huhu..maklumlah jalan2 dlm MALAYSIA je..semata2 nak gi SINGAPURA sy buat passport....sekarang dah xpakai..hahaha..tp xperlah sebab segala perbelanjaan sy di sana ditanggung oleh HIJJAZ..dari makan minum hinggalah ke tempat tidur semuanya diorg yang belanja...ok2..sambung citer...show kali ni adalah anjuran MASJID AS-SYAKIRIN dan program ni diadakan di REPUBLIC POLYTECHNIC SINGAPURA..memang meriah..ramai sungguh....sy masa tu ditugaskan menjaga MINUS ONE la..kiranya mcm PR PART TIME untuk HIJJAZ la..huhu..so..kalau ada sapa2 nak jemput kumpulan HIJJAZ wat show untuk ape2 program bolehla hubungi sy...sy bleh bg special punya harga tp kena bincang jugak dgn HIJJAZ sebab diorg y nak nyanyi bukannya sy..huhu..kat bawah ni adalah gambar2 kenangan sepanjang sy berada disana....

GAMBAR BAWAH NI MASA KAMI BARU SAMPAI JE....TERUS KE KEDAI MAKAN..NYAM2

GAMBAR BAWAH NI PULAK MASA SIANG SEBELUM PERSEMBAHAN


GAMBAR NI PULAK ADALAH MALAM PERSEMBAHAN TU..MERIAH2









20 Oktober 2010



KENANGAN DI KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS

Diharapkan kepada semua pelawat2 blog sy sentiasa dlm keadaan sihat sejahtera..Sebelum2 ni sy asyik cerita tentang kehidupan sy di Politeknik..Rasanya sekarang sy nak cerita tentang kehidupan di KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS(KKKB)..Rasa tak adil lak cerita tentang poli je sedangkan sy pernah belajar di kolej komuniti dan juga mempunyai ramai kawan dari Kolej...kenangan yang paling terindah ialah bila tibanya PORTFOLIO day...masa ni adalah persiapan akhir kami untuk menentukan LULUS @ GAGAL sepanjang kami berada di KKKB..Disini juga sy ada upload beberapa video dan gambar kenangan kami sepanjang bersama selama 2 tahun di KKKB..Dalam gambar ni semuanya bujang2 belaka..tapi sekarang dah ramai pun yang kawen...dan ada anak punn....cucu je belum lagi..huhuhu..

SEBELUM TU  MARI KITA DENGARKAN VIDEO LAGU YANG DI NYANYIKAN OLEH AJWAFFI IAITU SALAH SEORANG SAHABAT DARI KELAS KAMI...BAKAT TERPENDAM TU...HUHU



Sekarang sy nak citer ttg pensyarah2 di kkkb.penyarah kami semuanya sporting2 dan ader keistimewaan tersendiri..ada yang garang tp penyayang..ada pulak yang suka marah tp dlm keadaan lawak..ada lak yang cool je tp diam2 ubi berisi..haha..ader yang buat sombong je tp sebenarnya sgt amik berat kat kami....bukan BODEK ni..ape gunanya sy bodek punn..dah abis belajar pun kan..huhu..jom2 kenali penyarah kami y dah byk berjasa sejak kami di kkkb hingga habis belajar dan ada y masih amik tahu smpai sekarang..


PENYARAH KAMI


PUAN ROSHANA -PENYARAH KELAS TERBAIK






Selepas kami berhempas pulas bersungguh2 membuat banyak lawatan sambil belajar untuk digunakan dalam pelajaran kami akhirnya tibalah hari terakhir yang akan menentukan kami menerima sijil atau masih berada di kkkb...hari tersebut ialah hari portfolio..kami akan dinilai oleh juri yang dilantik untuk memberi markah kepada hasil kerja kami sepanjang berada di kkkb..


PORTFOLIO DAY

hasil kerja semester akhir
dari kiri Shafik,Ajwaffi & Syifa
 
hasil kerja semester akhir ..kenapa 3 org tu termenung..
keputusan belum keluar lagi dah risau ke?hahaha..


amboi cik suraya ni senyum ja.....agak2 nya ape motifnya laila menunjukkan dinding..
sepatutnya tunjuk drawing tu..apeda..haha


bersungguh2 ida erita pasal drawing dia..apa la agaknya yang diceritakan tu..huhu..
laila steady..dah present aktiviti seterusnya bergambar dgn design sendiri..

dari kiri Rafi,Shafik dan shafik lagi & pawi

nak perkenalkan sorang2 pun ramai sgt..senang cite..ni la antara kawan2 sy di 
KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS